ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 6 - BABAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 80. Beban membuktikan seseorang yang tidak didengar khabar selama 4 tahun masih hidup.

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya sekiranya dia masih hidup, maka beban membuktikan bahawa dia masih hidup berpindah kepada orang yang menegaskannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.