ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 1 - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN
Seksyen 70. Jika tempat kejadian kesalahan tak dapat ditentukan
Jika—
(
a
) tak dapat ditentukan di dalam yang manakah daripada beberapa kawasan tempatan sesuatu kesalahan itu telah dilakukan;
(
b
) sesuatu kesalahan dilakukan sebahagiannya di dalam satu had bidang kuasa tempatan dan sebahagiannya di dalam had bidang kuasa tempatan yang lain;
(
c
) sesuatu kesalahan ialah kesalahan berterusan dan terus dilakukan di dalam lebih daripada satu had bidang kuasa tempatan; atau
(
d
) ia terdiri daripada beberapa perbuatan yang dilakukan di dalam had bidang kuasa tempatan yang berlainan, maka kes itu bolehlah didengar oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di dalam mana-mana had bidang kuasa tempatan tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.