ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 64. Anggapan mengenai Warta, akhbar, dsb.

Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulin tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Malaysia atau Warta Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akhbar, jernal atau majalah dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika dokumen itu disimpan pada asasnya secara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.