ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Seksyen 22. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Pengerusi, dan jika semasa draf minit itu disahkan minit dipinda, Pengerusi hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat.

(5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau, jika tindakan perlu diambil sebelum minit itu disahkan, Pengerusi telah menandakan persetujuannya secara bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.