ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan.

(1) Bilamana diperuntukkan oleh Ordinan ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Bilamana diperuntukkan oleh Ordinan ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.