ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 15. Pemeriksaan saksi-saksi.

(1) Seorang pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 13 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka tahu akan fakta-fakta dan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu.

(2) Orang itu adalah diwajibkan menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai tersebut:

Dengan syarat orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau lucuthak.

(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah diwajibkan di sisi undang-undang menyatakan apa yang sebenarnya sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhan atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan.

(4) Seorang pegawai bertauliah yang memeriksa seseorang itu di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah, terlebih dahulu memberitahu orang itu akan peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila boleh, dituliskan dan, ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, sebagaimana kes itu, selepas dibacakan kepada orang itu dalam bahasa pernyataan yang dibuat olehnya dan ia telah diberi peluang untuk membuat pembetulan-pembetulan yang hendak dibuat olehnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.