ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 109. Soalan-soalan yang boleh menyokong keterangan mengenai nyataan yang berkaitan boleh diterima.

Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan yang berkaitan, maka ia bolehlah disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang ada dilihatnya pada atau dekat dengan waktu atau tempat yang nyataan yang berkaitan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika dibuktikan, akan menyokong keterangan saksi itu tentang nyataan yang berkaitan yang diterangkannya itu.

MISALAN

A, seorang rakan sejenayah, menceritakan hal suatu rompak yang ia telah mengambil bahagian. Ia menceritakan berbagai-bagai kejadian, yang tidak berhubung dengan rompak itu, yang telah berlaku dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat rompak itu telah dilakukan.

Keterangan bebas mengenai nyataan-nyataan ini boleh diberi bagi menyokong keterangan rakan sejenayah itu tentang rompakan itu sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.