ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN II - PENTADBIRAN



Seksyen 7. Perlantikan Qadhi, Penyelia Ugama dan Pendaftar Mahkamah.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri atau Jemaah Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Negeri, mengikut mana yang berkenaan, bolehlah dengan surat perlantikan yang ditandatangani olehnya dan dimeteri dengan Mohornya melantik:
(2) Semua perlantikan-perlantikan di bawah seksyen kecil (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bolehlah dari masa ke masa memberi, mengubah, mengurang atau membatalkan mana-mana surat perlantikan yang dibuat di bawah seksyen kecil (1) seksyen ini dan bolehlah menghadkan pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberi oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis.

(4) Melainkan sebagaimana yang tersebut sebelumnya maka bidangkuasa, hak dan kuasa Qadhi Besar, Timbalan Qadhi Besar, Qadhi Khas dan Qadhi Jajahan hendaklah bagaimana yang diberi oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.