ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 6. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melantik Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Sebelum mengemukakan nasihatnya mengenai perlantikan seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis hendaklah merujuknya kepada Ketua Hakim Syarie.

(3) Seseorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-

(4) Orang-orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa seksyen ini memegang jawatan Timbalan-timbalan Kadi Besar di bawah subseksyen (1) seksyen 11 Enakmen Mahkamah Syariah 1983 dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman bolehlah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(5) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.