ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 70. Orang-orang yang berhak menjaga kanak-kanak.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 71, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan hak hadhanah atau penjagaan anaknya mengikut Hukum Syarak, maka hak itu hendaklah berpindah kepada orang-orang mengikut susunan keutamaan yang berikut-
Dengan syarat bahawa tiada seseorang berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak lelaki perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana ianya diharamkan berkahwin dengannya.

(3) Jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama darjah dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.