ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 206. Menghina Ayat-ayat Quran, dsb.
Barang siapa, sama ada dengan secara lisan atau tulisan atau perbuatan atau dengan cara apa jua pun, membuat hina, atau menyebabkan supaya dibuat hina, terhadap mana-mana Ayat Quran atau Hadis atau sebarang perkataan atau ayat yang dipandang suci oleh orang-orang Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.