ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 80. Perbelanjaan Majlis.

Semua kos, caj dan perbelanjaan mentadbir harta dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, pembelian harta alih dan tak alih, gaji dan elaun semua pengkhidmat Majlis dan fee dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau ahli Majlis atau mana-mana orang lain berkenaan dengan perkhidmatannya sedemikian, hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Khairat Am.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.