ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 67. Pembelaan terhadap tuntutan balas.

(1) Jika mana-mana defendan mambuat tuntutan balas, plaintif hendaklah, jika dia berhasrat hendak membuat pembelaan terhadap tuntutan balas itu, memfailkan dan menyebabkan disampaikan kepada defendan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkan oleh Mahkamah.

(2) Jika plaintif tidak mematuhi subseksyen (1), seksyen 16 hendaklah terpakai seolah-olah plaintif ialah seorang defendan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.