ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
HADANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK
Seksyen 89. Bagaimana hak penjagaan itu hilang.
Hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang.
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi hendaklah pulih semula selepas perkahwinan dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinnya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh membawa anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu cuai atau menganiayai kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.