ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENJEJASKAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 178. Rayuan.

(1) Semua hukuman yang dijatuhkan di bawah Bab ini boleh dirayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah bagi hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, dan kepada Mahkamah Rayuan Syariah bagi hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Bab 1, setakat yang mana ia boleh dipakai, hendaklah terpakai kepada rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah rayuan boleh mengubah atau mengakaskan dapatan atau mengurangkan, mengubah atau mengakaskan hukuman yang dirayukan itu.

(3) Bab 2, hendaklah juga terpakai kepada semua prosiding oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.