ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 81. Mahkamah boleh meminda atau menambah pertuduhan.

(1) Mana-mana Mahkamah boleh meminda atau menambah mana-mana pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman diumumkan.

(2) Tiap-tiap pindaan atau tambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada orang yang dituduh.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.