ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 86. Bilangan saksi

(1) Dakwaan oleh seseorang yang dikenali sebagai kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak mencukupi untuk membuktikan dakwaannya kecuali jika dia disokong oleh keterangan tiga orang saksi lelaki.

Huraian—Dalam pemungutan zakat, pengakuan seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak menjadi bukti yang mencukupi melainkan jika dia disokong oleh keterangan tiga orang saksi lelaki.

(2) Dalam hal melihat anak bulan, keterangan seorang lelaki yang ‘adil adalah mencukupi untuk membuktikan fakta itu.

(3) Keterangan seorang lelaki hendaklah menjadi bukti yang mencukupi dalam hal keadaan yang berikut:
(4) Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan seorang perempuan.

MISALAN

Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi atau keterangan seorang bidan dalam perkara yang berhubungan dengan haidh, kelahiran dan penyusuan.

(5) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.