ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 112. Memperingatkan semula.

(1) Seseorang saksi boleh semasa dalam pemeriksaan memperingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa transaksi yang berkenaan dengannya dia disoal, atau sejurus sahaja selepasnya hingga difikirkan mungkin oleh Mahkamah bahawa transaksi itu masih pada masa itu jelas dalam ingatannya.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu betul.

(3) Apabila saksi itu boleh memperingatkan semula dengan merujuk kepada sesuatu dokumen, maka dia boleh, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:

Dengan syarat Mahkamah puas hati bahawa ada sebab-sebab yang cukup mengapa naskah asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh memperingatkan semula dengan merujuk kepada buku-buku treatis profesional.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.