ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 98. Keterangan tentang perkara-perkara bertulis.

Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau lain-lain pelupusan harta yang berkenaan dengannya dia memberi keterangan tidak ada terkandung dalam sesuatu dokumen, dan sekiranya dia berkata ada, atau sekiranya dia hampir-hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan sesuatu dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak lawan boleh membantah keterangan itu diberi sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga fakta-fakta telah dibuktikan yang memberi hak kepada pihak yang memanggil saksi itu untuk memberi keterangan sekunder mengenainya.

Huraian - Seseorang saksi boleh memberi keterangan lisan mengenai pernyataan-pernyataan yang telah dibuat oleh orang-orang lain berkenaan dengan kandungan dokumen-dokumen jika pernyataan-pernyataan itu adalah sendirinya fakta-fakta relevan.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada A. telah menyerang B.

C. mendeposkan bahawa dia telah mendengar A. berkata kepada D: "B., telah menulis surat menuduh saya mencuri dan saya akan membalas dendam terhadapnya". Pernyataan ini adalah relevan sebagai menunjukkan motif serahan itu dan keterangan boleh diberi mengenai pernyataan itu walaupun tiada apa-apa keterangan lain diberi berkenaan dengan surat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.