ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 93. Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah, maka Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah fail, segala dokumen, barang kes dan salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu, jika ada, dan hendaklah juga memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18 kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.