ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 54. Bukti tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan.

Jika sesuatu dokumen dikatakan telah ditandatangani atau telah ditulis kesemuanya atau sebahagiannya oleh seseorang, maka tandatangan atau tulisan tangan mengenai sekian banyak daripada dokumen itu yang dikatakan dalam tulisan tangan orang itu hendaklah dibuktikan sebagai dalam tulisan tangannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.