ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 7. Tempoh memegang jawatan Hakim Mahkmah Syariah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (2) hingga (5), seseorang Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 6 hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya sebagaimana diluluskan oleh Yang di-Pertua Negeri, tetapi masa itu tidak boleh melebihi enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh lima tahun.

(2) Seseorang Hakim boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang di-Pertua Negeri tetapi dia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut.

(3) Jika Ketua Hakim Syarie merujukkan representasi kepada Yang di-Pertua Negeri menyatakan bahawa seseorang Hakim Syarie patut dipecat atas alasan -

Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik suatu tribunal mengikut subseksyen (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya, dan boleh atas syor tribunal itu memecat Hakim Syarie itu daripada jawatannya.

(4) Tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima orang Islam yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Agung Malaysia, atau Hakim Mahkamah Tinggi di Malaysia, dan tribunal itu hendaklah diketuai terdahulu oleh ahli mengikut susunan yang berikut, iaitu Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah mengikut susunan pelantikan mereka sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh pelantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahli.

(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah subseksyen (3), Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, menggantung Hakim Syarie tersebut daripada menjalankan tugasnya.

(6) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Yang di-Pertua Negeri boleh membuat peraturan bagi memperuntukkan syarat-syarat perkhidmatan, perletakan, penggantungan dan pembuangan dari jawatan Ketua Hakim Syarie.

(7) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), keesahan apa-apa perkara yang dilakukan oleh seseorang Hakim Syarie tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa Hakim Syarie itu telah mencapai had umur yang dia dikehendaki bersara.

(8) Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai kepada semua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 6.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.