ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Kuasa-Kuasa dan Fungsi-fungsi Yang Dipertua ke atas Perjalanan Majlis, dsb.



Seksyen 17. Kawalan oleh Yang Dipertua.

(1) Yang Dipertua hendaklah menjalankan kawalan ke atas segala pertimbangtelitian dan perjalanan Majlis dan hendaklah bertanggungjawab atas pengendaliannya yang patut dan teratur dan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Yang di-Pertua Negeri.

(2) Yang Dipertua, atau mana-mana orang yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dibawah seksyen 14, atas syor Majlis, boleh menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi Mufti di sepanjang tempoh yang mana Mufti tidak ada dilantik di bawah seksyen 35 atau di sepanjang tempoh yang mana kerana apa-apa jua sebab Mufti tidak dapat menjalankan kuasa-kuasa atau fungsi-fungsinya.

(3) Yang Dipertua atau orang yang dilantik sedemikian hendaklah, di sepanjang tempoh yang dia menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi Mufti di bawah subseksyen (2), disifatkan sebagai Mufti.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.