ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - SAMAN
Kaedah-kaedah Lain Mengenai Dengan Saman Untuk Hadir Dan Waran Tangkap



Seksyen 38. Saman untuk hadir dan waran tangkap boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia.

(1) Saman untuk hadir dan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah atau Hakim boleh disampaikan atau dilaksanakan di mana-mana dalam Malaysia:

Dengan syarat bahawa saman tersebut tidaklah boleh diserahkan di luar Negeri Sabah kecuali saman itu dicatatkan oleh Mahkamah atau Hakim tersebut dengan perkataan "Untuk penyampaian di luar bidangkuasa".

(2) Tidaklah boleh saman tersebut dicatatkan oleh Mahkamah atau Hakim yang mengeluarkan dengan perkataan "Untuk penyampaian di luar bidangkuasa" kecuali Mahkamah atau Hakim telah berpuashati bahawa terdapat alasan untuk membenarkan penyampaian yang demikian itu, yang mana alasan hendaklah direkodkan sebelum saman itu dicatatkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.