ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 95. Bila orang-orang boleh dituduh bersama-sama.


Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama atau apabila seseorang dituduh kerana melakukan sesuatu kesalahan dan yang lain dituduh bersyubahat atau mencuba melakukan kesalahan yang sama itu, maka mereka boleh dituduh dan dibicarakan bersama-sama atau berasingan sebagaimana difikir patut oleh Mahkamah dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam bahagian yang terdahulu dalam Bab ini hendaklah dipakai kepada semua pertuduhan-pertuduhan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.