ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 109. Soalan yang boleh menyokong keterangan mengenai fakta releven boleh diterima.

Apabila seorang saksi yang dicadang supaya disokong memberi keterangan mengenai suatu fakta relevan, dia boleh disoal mengenai apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan waktu atau tempat di mana fakta releven itu telah berlaku, jika mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika dibuktikan, akan menyokong keterangan saksi itu mengenai fakta releven yang diterangkannya itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.