ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 23. Melepaskan orang yang telah ditangkap.

Mana-mana orang yang telah ditangkap oleh Penyelia Agama atau Pegawai Majlis atau Pegawai Polis tidaklah boleh dilepaskan di bawah Enakmen ini kecuali dengan bon diri atau jaminan atau dengan perintah secara bertulis oleh Kadi atau oleh seorang Pegawai Polis yang tidak kurang pangkatnya daripada Inspektor :

Dengan syarat jika dia tidak dapat melakukan demikian, maka hendaklah dia ditahan di atas satu waran yang dikeluarkan oleh seorang Kadi seperti di Borang 2B daripada Jadual.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.