ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 158. Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Semasa pembicaraan rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mendengar perayu atau Peguam Syarienya, jika ia hadir, dan jika difikirkan perlu, mendengar penentang atau Peguam Syarienya, jika ia hadir, dan boleh mendengar Peguam Syarienya, jika ia hadir, dan boleh mendengar perayu atau Peguam Syarienya menggulung; dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh sama ada mengekal, membatal atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan kes itu atau boleh mengarahkan perbicaraan semula atau boleh menghantar semula perkara itu dengan pendapat Mahkamah Rayuan Syariah kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu, atau boleh membuat apa-apa perintah yang lain yang difikirkan adil dan boleh dengan perintah itu melaksanakan apa-apa kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Mahkamah yang membicarakan kes itu.

(2) Semasa pembicaraan rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan sesuatu hukuman yang lain patut dijatuhkan, membatalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah yang membicarakan kes itu dan menggantikan dengan sesuatu hukuman yang lain yang dibenarkan oleh undang-undang (sama ada lebih atau kurang berat dari hukuman asal) yang difikirkan sepatutnya telah dijatuhkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.