ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 56. Pembuktian dokumen.

(1) Jika penulis atau penyempurna sesuatu dokumen menafikan tulisan atau penyempurnaan atau liabiliti yang diwujudkan olehnya maka tulisan dan penyempurnaan dokumen tersebut hendaklah dibuktikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada dokumen itu.

(2) Jika dua orang saksi yang mencukupi tidak boleh didapati, tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh dua orang saksi yang boleh mengenalpasti tulisan dan tandatangan penulis dan penyempurna dokumen itu.

(3) Jika saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) membuktikan tulisan atau tandatangan itu, orang yang menyempurnakan dokumen tersebut hendaklah terikat dengan liabiliti yang diwujudkan olehnya.

(4) Di mana saksi yang mencukupi atau orang yang disebut di dalam subseksyen (2) tidak membuktikan tulisan dan tandatangan dokumen itu sepenuhnya, maka tulisan dan tandatangan dokumen itu hendaklah diperakui sah oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar.

(5) Jika pakar membuktikan tulisan dan tandatangan pada dokumen itu, maka orang yang menyempurnakan dokumen itu hendaklah terikat dengan liabiliti yang diwujudkan olehnya.

(6) Jika sesuatu dokumen tidak dibuktikan dengan cara yang disebut tedahulu, orang yang menafikan tulisan itu dan penyempurnaan dokumen itu, hendaklah, apabila diminta oleh plaintif mengangkat sumpah, dan jika dia enggan bersumpah, plaintif hendaklah bersumpah dan selepas mengangkat sumpah itu sabitlah tuntutannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.