ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 60. Pengelakan sengaja.

(1) Mana-mana orang yang bersengaja dan dengan niat mengelak atau membantu mana-mana orang lain untuk mengelakkan zakat-

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan hendaklah membayar penalti khas sebanyak tiga kali ganda daripada amaun zakat yang telah kurang dinyatakan oleh sebab kesalahan itu atau yang tetap akan kurang dinyatakan jika kesalahan itu telah tidak dikesani.

(2) Jika dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu kenyataan palsu atau catatan palsu (sama ada dengan meninggalkan atau sebaliknya) telah dibuat dalam suatu penyata yang diberi di bawah Enakmen ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam mana-mana buku akaun atau lain-lain rekod, disenggara oleh atau bagi pihak mana-mana orang, orang itu hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah membuat kenyataan atau catatan palsu dengan niat untuk mengelakkan zakat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.