ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN VII-MASJID



Seksyen 100. Pelantikan Pegawai Masjid

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Perlis, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Imam, Bilal dan Pembantu Bilal.

(2) Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah selepas berunding dengan Majlis dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Imam, Bilal hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam Negeri Perlis.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik Imam dan Bilal dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(4) Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid hendaklah dilantik dari kalangan ahli kariah bagi masjid itu.

(5) Apabila seksyen ini mula berkuatkuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuatkuasa telah menjadi Imam, Bilal atau Pembantu Bilal semua masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 102, terus memegang jawatan sebagai Imam, Bilal atau Pembantu Bilal masjid itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.