ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 52. Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan.

Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II atau di bawah seksyen 7, 8, 9 atau 28, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan ke pusat pemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa kaunseling atau pemulihan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan itu, tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.