ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 131. Pesalah remaja.


(1) Apabila mana-mana pesalah remaja disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah Jenayah kerana apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau penjara. Mahkamah itu bolehlah bagi menggantikan hukuman penjara kerana gagal membayar denda atau menjatuhkan hukuman penjara-



(2) Mahkamah di mana pesalah remaja itu disabitkan, bolehlah sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu, mengikut cara yang diperuntukkan di dalam seksyen ini mengenakan denda di atas ibubapa atau penjaganya tidak melebihi dua puluh ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas berpuashati bahawa ibubapa atau penjaga itu, dengan sebab kecuaian mereka untuk mengambil perhatian yang baik atau selainnya ke atas pesalah itu, telah menyebabkan pesalah itu berkelakuan buruk:

Dengan syarat bahawa ibu bapa atau penjaga itu tidaklah boleh didenda tanpa ianya diberi peluang untuk membela dirinya (jika dia mahu) dan memberikan keterangan di dalam pembelaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.