ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 64. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri itu menjadi nusyuz.

(2) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.