ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 92. Pemakaian.

(1) Tiada apa jua pun dalam Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 [Akta 13/61] yang berlawanan dengan agama Islam boleh dipakai bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun yang beragama Islam dan yang bapanya beragama Islam atau pada tarikh kematiannya beragama Islam atau, mengenai seorang kanak-kanak yang tak sah taraf, yang ibunya beragama Islam atau pada tarikh kematiannya beragama Islam.

(2) Mengenai mana-mana orang lain, peruntukan-peruntukan Akta tersebut, setakat mana peruntukan itu berlawanan dengan agama Islam, maka hendaklah terhenti dipakai bagi orang itu apabila ia menganuti agama Islam jika pada tarikh penganutan itu ia telah genap umur lapan belas tahun atau, jika belum lagi genap umur lapan belas tahun, ia menganuti agama Islam dengan persetujuan orang yang di bawah Akta tersebut adalah penjaga bagi diri kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.