ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 162. Tangkapan penghutang penghakiman.

(1) Permohonan untuk perintah tangkap di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat dalam Kamar dan boleh dibuat secara "ex parte" kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Semua keterangan untuk menyokong mana-mana permohonan di bawah seksyen ini hendaklah melalui afidavit dan salinan-salinan afidavit itu hendaklah diserahkan kepada defendan.

(3) Suatu perintah tangkap hendaklah seperti dalam borang yang ditetapkan tetapi tidak boleh dilaksanakan sehingga plaintif telah membuat deposit dengan bailif.

(4) Tiap-tiap perintah itu hendaklah dicatatkan dengan alamat penyampaian pemiutang penghakiman untuk penyampaian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.