ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 41. Nas yang akan diikuti.

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 36 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 40, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad dari Mazhab Shafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad dari mana-mana Mazhab lain yang sah.

(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad dari mana-mana Mazhab yang sah boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah memutuskan persoalan itu mengikut hematnya sendiri berlandaskan Al-Quran tanpa terikat dengan qaul muktamad dari mana-mana Mazhab yang sah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.