ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 89. Susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi.

Susunan bagaimana saksi-saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah menurut undang-undang dan amalan yang ada pada masa itu berhubung dengan acara mal dan jenayah masing-masing, dan sekiranya tiada undang-undang seperti itu, maka susunan itu hendaklah menurut budibicara Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.