ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 113. Testimoni mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang tersebut dalam seksyen 112.

Seseorang saksi boleh juga memberi keterangan mengenai fakta-fakta yang disebutkan dalam mana-mana dokumen seperti yang tersebut dalam seksyen 112 sungguhpun dia tiada ingatan yang spesifik tentang fakta-fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta-fakta itu telah direkodkan dengan betulnya dalam dokumen itu.

MISALAN

Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberi keterangan mengenai fakta-fakta yang telah direkodkannya dalam buku kira-kira yang biasa disenggara dalam perjalanan urusan jika dia mengetahui bahawa buku kira-kira itu telah disenggarakan dengan betul, walaupun dia telah terlupa tentang transaksi-transaksi tertentu yang telah dicatatkannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.