ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 11. Bila fakta yang sebaliknya bukan qarinah boleh menjadi qarinah.
Fakta yang sebaliknya bukan qarinah boleh menjadi qarinah -
(a)
jika ia tak konsisten dengan sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan;
(b)
jika dengan sendirinya atau berhubung dengan fakta-fakta lain ia menyebabkan mungkin atau tidak mungkin sekali wujudnya atau tidak wujudnya sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu
A
berada di Ipoh adalah qarinah.
Fakta bahawa berhampiran dengan waktu jenayah itu dilakukan
A
berada di tempat jauh daripada tempat jenayah itu dilakukan, yang mana menjadikan tidak mungkin sekali, walaupun tidak mustahil, bahawa ia telah melakukannya adalah qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan sesuatu jenayah.
Hal keadaannya adalah sedemikian bahawa jenayah itu tentu sekali telah dilakukan oleh salah seorang daripada
A, B, C,
atau
D
. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin telah dilakukan oleh mana-mana orang lain dan bahawa ia tidak dilakukan oleh sama ada
B, C
atau
D
adalah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.