ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA QADHI



Seksyen 74. Pemeriksaan pengadu.


(1) Apabila seseorang Qadhi mengambil ketahui akan sesuatu kesalahan apabila diadukan, Qadhi itu hendaklah serta merta memeriksa pengadu itu dengan bersumpah mengikut Borang 4A daripada Jadual Pertama, dan kandungan itu hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Qadhi iitu.

(2) Seksyen ini tidaklah dipakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan, jika saman diminta dalam sesuatu kes saman, oleh seseorang Penyelia Ugama, atau oleh seorang penjawat awam yang bertindak atas sifat jawatannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.