ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 22. Kesalahan dan penalti

Mana-mana orang yang menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan Sekolah Islam tanpa Perakuan Pendaftaran atau bertindak dengan melanggar Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti diperuntukkan secara nyata, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan kedua atau kemudian, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.