ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 119. Ajaran salah.

(1) Seseorang yang menganuti, mengajar, memberi penerangan atau menyebarkan kepada orang lain apa-apa ajaran atau fahaman atau menjalankan apa-apa istiadat atau perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak atau fatwa yang dikeluarkan di bawah seksyen 36 tetapi perbuatan itu tidak terjumlah kepada riddah, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan boleh juga dihukum sebat.

(2) Mahkamah hendaklah, sama ada pendakwaan dibuat atau tidak terhadap sesiapapun membuat perintah supaya apa-apa bahan bertulis yang berkaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (1) dilucuthak untuk dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain.

(3) Mahkamah boleh sama ada pendakwaan dibuat atau tidak terhadap sesiapapun, membuat perintah supaya tertakluk kepada hak-hak pihak ketiga, mana-mana bangunan atau tempat yang digunakan untuk melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dirobohkan atau dikenakan apa-apa perintah lain yang sesuai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.