ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 79. Anggaran.

(1) Majlis hendaklah menyediakan dan menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober setiap tahun anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis termasuk di dalamnya anggaran segala harta yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam tahun yang berikutnya dan Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda dan apabila telah diluluskan atau dipinda sedemikian, anggaran tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.

(2) Majlis boleh pada bila-bila masa menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum daripada 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan tambahan itu boleh diluluskan atau dipinda dan hendaklah disiarkan, mengikut cara yang sama.

(3) Tiada wang boleh dibelanjakan atau harta dilupuskan kecuali mengikut anggaran seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucar yang ditandatangani oleh Yang Dipertua atau pegawai Majlis yang diberikuasa oleh Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.