ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 171. Tidak membayar zakat dan fitrah.


(1) Sesiapa yang wajib mambayar zakat dan fitrah mengikut penetapan yang sah akan banyaknya dan tidak berjaya mendapatkan pengecualian daripada pembayarannya atau apa-apa keputusan yang lain tidak mahu atau dengan sengaja tidak membayarnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.

(2) Apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan di bawah seksyen ini tidak akan meluputkan tanggungan seseorang yang dihukum itu daripada membayar zakat dan fitrah itu.

(3) Zakat atau Fitrah yang wajib dibayar oleh seseorang itu bolehlah dituntut seolah-olah ianya telah diperintahkan dengan sah oleh Mahkamah supaya diserahkan kepada Majlis atau ianya boleh dituntut seolah-olah sebagai denda di bawah Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.