ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 222. Hukuman.


(1) Tiap-tiap hukuman Mahkamah selepas dijatuhkan hendaklah diperbuat dengan secara bertulis, diberi tarikhnya dan ditandatangani oleh pegawai yang membicarakannya dan dimeterikan, dan hendaklah disimpan bersama dengan rekod pembicaraan. Mana-mana pihak adalah berhak untuk mendapatkan salinan hukuman itu yang diakui sah dengan membayar bayaran yang ditetapkan.

(2) Sesuatu hukuman itu boleh mengisytiharkan hak-hak di antara pihak-pihak dalam kes itu, atau boleh memerintah sesuatu pihak itu untuk membuat sesuatu termasuk membuat bayaran atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.