ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - SAKSI



Seksyen 89. Keterangan suami, isteri, ibu bapa, dan anak sebagai saksi.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan seorang isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan baiyinah. Keterangan seorang suami bagi isterinya dan seorang isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai baiyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya dan ibu atau bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan baiyinah. Keterangan ibu atau bapa bagi anaknya dan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai baiyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.