ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN IV - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 54. Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah atas nasihat Majlis melantik seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan mengikut budibicaranya untuk mendakwa, menjalankan atau tidak meneruskan mana-mana prosiding bagi kesalahan di dalam Mahkamah Syariah.

(3) Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang-orang yang sesuai dan layak dari kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah atau Perkhidmatan Awam menjadi Timbalan Pendakwa Syarie yang akan bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis kecuali mana-mana hak atau kuasa yang disebutkan dengan nyata yang mesti dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4) Majlis boleh melantik Pegawai Penguatkuasa Agama untuk membantu dalam penyiasatan kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.