ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 9. Fakta yang perlu menghuraikan atau mengemukakan fakta relevan.

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan atau yang menyokong atau mematahkan suatu inferens yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan pengenalan apa-apa benda atau seseorang yang pengenalannya adalah relevan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan yang telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu telah dilakukan, adalah qarinahsetakat mana ia perlu bagi maksud itu.

MISALAN

(a)
Soalnya ialah sama ada suatu dokumen tertentu adalah wasiat A.

Keadaan harta A. dan keluarganya pada tarikh yang dikatakan wasiat itu boleh menjadi
qarinah.

(b)
A. dituduh melakukan suatu jenayah.

Fakta bahawa tidak lama selepas berlakunya jenayah itu, A. telah melarikan diri dari rumahnya adalah
qarinah di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan kemudian dan terjejas oleh fakta persoalan.

Fakta bahawa pada waktu dia meninggalkan rumahnya dia mempunyai urusan yang mengejut dan segera di tempat ia pergi adalah
qarinah sebagai menghuraikan fakta bahawa ia telah meninggalkan rumahnya dengan mengejut.

Detail urusannya adalah tidak relevan, kecuali sejauh mana ia adalah perlu untuk menunjukkan bahawa urusan itu adalah mengejut dan segera.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.