ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat perintah
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini memberi kuasa kepada Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali-
(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini; atau
(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan
(c) jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.